Bila bercakap tentang kecantikan, rasanya ramai yang dah mula peka dengan keutamaan kecantikan yang datang seiring dengan kesihatan. Apalah maknanya, kalau kecantikan kita hanya diluar tetapi kesihatan terabai. Ramai para wanita di luar sana yang mengalami masalah-masalah kecantikan, kesihatan, kesuburan, dan lain-lain. Tak kira lah dari peringkat umur muda belia macam saya ni sehinggalah ke peringkat umur mak-mak atau ibu-ibu kita. Pasti kita tidak akan terlepas dari sebarang masalah kesihatan .
Blog ini, saya cipta untuk saya kongsikan pengalaman saya berkenaan kecantikan dan kesihatan wanita dengan cara tradisional atau "traditional remedies". Saya turut akan berkongsikan bersama anda petua-petua tradisional yang saya dapat melalui pengalaman ibu saya sebagai seorang bidan yang sudah berpengalaman selama hampir 15 tahun.
Untuk ibu-ibu muda, yang mungkin tidak ada sumber untuk bertanya sebarang soalan mengenai kandungan, cara berpantang, anda amat dialu-alukan di sini. Selain itu, bagi para remaja, yang mempunyai masalah kesihatan dan kecantikan, rajin-rajinlah singgah di blog ini ye . Mungkin kita dapat saling berkongsi cara penyelesaian kepada permasalahan kesihatan yang kita hadapi. InsyaAllah. :)
Pada zaman moden kini banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan yang dipasarkan sehingga kita jadi rambang mata dan tak tahu nak pilih mana satu . Perkara ini turut terjadi kepada saya. Tetapi saya lebih percaya kepada produk-produk yang berasaskan bahan-bahan tradisional, semula jadi, organik dan makanan-makanan sunnah. Herba-herba tradisional ini sebenarnya terkandung banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Sebagai contoh, akar serapat, jintan hitam, kayu manis, yang dipercayai dapat membantu mengecilkan rahim ibu selepas proses melahirkan atau bersalin. Nanti saya akan kongsikan lebih banyak cerita tentang herba-herba tradisional ni.
